Aguilera dan Rihanna tampil pada 11 Disember lalu untuk bernyanyi duet bersama finalis2 juga tampil solo. Aguilera, yang tampil mengenakan gaun mini bersama penarinya yang mengenakan lingerie, menyanyikan beberapa lagu dari filem terbarunya, BURLESQUE. Sementara, Rihanna memasukkan beberapa gerakan striptis dalam lagu What's My Name yang dinyanyikannya.
Penonton2 yang mengirimkan protes menyatakan bahawa aksi pentas seperti ini tidak seharusnya disiarkan di jam-jam yang masih 'petang'. Jumlah protes ini bertambah setelah beberapa foto dicetak di Daily Mail.
Dengan penyiasatan ini, X-FACTOR diharuskan 'menjaga kanak-kanak dari kandungan yang berbau seks' dan 'menjadualkan ulang material yang tidak sesuai dengan kanak-kanak'. Atas rungutan ini, pihak X-FACTOR menyatakan bahawa penampilan kedua2 bintang ini 'sudah sesuai untuk acaranya'.


0 comments:
Post a Comment