Insiden rakaman Miley Cyrus yang sedang menghisap bong dan tersebar di dunia maya rupanya tidak hanya berimpak pada penyanyi muda ini. Entah kerana Miley sebagai seorang selebriti atau alasan lain, namun faktanya, tanaman ubat yang dihisap Miley menjadi satu trend di Amerika.
Hal ini ditandakan dengan meningkatnya penjualan tanaman ubat yang dihisap Miley, bahkan sampai tiga kali ganda di beberapa tempat. Tanaman ini bernama salvia divinorum, atau bagi beberapa yang tidak tahu namanya hanya menyebut 'barang yang dihisap Miley' ketika mereka ingin memesannya.
Tanaman ini sendiri sudah menjadi buah mulut di kalangan pembuat peraturan, apakah akan dilarang di California kerana 15 negara bahagian lain sudah memberi label illegal pada 'barang' ini.
0 comments:
Post a Comment