Percutian akhir tahun sudah dekat dan ternyata sampai saat ini Kate Moss masih belum tahu harus bercuti ke mana. Hampir semua tempat bercuti sudah habis ditempah dan supermodel asal England ini nyaris putus asa. Kalau sampai lepas Natal beliau belum dapat menemui tempat maka berantakan sudah acara penghujung tahun ini.
Menurut seorang sumber, awalnya Kate Moss, Jamie Hince, dan anak mereka merancang bercuti di Thailand seperti yang mereka lakukan dua tahun kebelakangan ini. Sayangnya, kerana satu hal Kate akhirnya membatalkan rancangan ini dan kini beliau sendiri yang harus kebingungan mencari tempat alternatif.
Sebenarnya masih ada satu alternatif lagi. Kate Moss ada rumah di Cotswolds, England namun nampaknya beliau tak berniat mengadakan pesta di sana. Buat Kate, itu bahkan bukan pilihan yang menarik.


0 comments:
Post a Comment