Menjadi bintang reality show terkenal rupanya tidak cukup memuaskan Kim Kardashian. Bintang cantik ini dikhabarkan segera merintis karier di dunia muzik. Bahkan, Kim dilihat cukup serius dengan video klip yang digarap bersama Kanye West.
Selain proses rakaman yang dijalani bersama rapper ini, Kim juga dilihat sibuk mempromosikan video untuk single terbarunya nanti. Selain Kanye West, single Kim ini juga disokong oleh pemuzik kenamaan yang sudah pernah 'menggarap' Christina Aguilera dan Missy Eliot, Hype Williams.
Seorang sumber dipercaya menyatakan bahawa proses pembikinan video klip ini berlangsung beberapa jam.
Walau sudah ada promo untuk video klip dan single baru ini, masih belum ada kenyataan rasmi akan single ini. Judul dan tarikh perilisan single juga belum disebarkan. Sejauh ini, Kim dikhabarkan sedang sibuk menggarap album lengkapnya dengan produser The Dream.


0 comments:
Post a Comment