it's about anything. too many to mention...

Wednesday, December 1, 2010

kim kardashian lebih top dari obama


Di internet, nama Kim Kardashian ternyata jauh lebih popular berbanding nama-nama lain, termasuk presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Kesimpulan ini diambil berdasarkan data yang dikeluarkan Bing, laman mesin pencari milik Microsoft. Meski pengguna Bing sendiri masih belum sebanyak pengguna Google namun data ini cukup menarik kerana beberapa nama yang ada di bawah Kim sebenarnya termasuk nama-nama yang popular.

Menurut Splash News, nama Kim Kardashian berada di tangga paling atas senarai Top People Searches yang disusun Bing.com. Menyusul Kim, di tangga kedua, adalah nama Sandra Bullock yang terakhir pernah membuat gegar kerana kes perceraiannya. Tangga ketiga diisi oleh Tiger Woods yang pernah terlibat affair sementara Lady GaGa harus puas berada di tangga ke empat.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ternyata hanya berjaya masuk di tangga ke lima disusul nama Kate Gosselin dan Justin Bieber. Nama Jesse James, bekas suami Sandra Bullock berada di tangga ke lapan diikuti Lindsay Lohan dan Jennifer Aniston.

0 comments: