Yang jelas itu pasti tak lepas dari sukses yang diraih album THE FAME dan THE FAME MONSTER. Nyatanya Billboard menganugerahkan gelaran Artis of the Year pada Lady GaGa yang memang selalu jadi buah mulut sejak beliau meluncurkan album pertamanya di tahun 2008 lalu. Ini jelas jadi kejutan kerana tahun sebelum ini Lady GaGa juga pernah meraih gelaran Top New Artist dari Billboard.
Mendapatkan dua gelaran tersebut berturut-turut memang sebuah pencapaian yang tidak main-main. Tidak banyak orang yang mampu mendapatkannya. Terakhir nama yang juga pernah membuat kejutan adalah Chris Brown yang berjaya merebut dua gelaran itu secara bersamaan di tahun 2006 lalu. Meski tak dapat menyamakan Chris Brown namun tetap saja hasil yang diraih Lady GaGa ini tak boleh dipandang sebelah mata.
Membandingkan Lady GaGa dengan Chris Brown nampaknya memang kurang adil. Dan kalau sudah sampai di sini, lagi-lagi Lady GaGa membuktikan bahawa beliau memang bukan sekadar pendatang baru yang tak memiliki apa-apa. Wanita terakhir yang berjaya merebut gelaran Top New Artist dan Artist of the Year dalam selang waktu satu tahun adalah Whitney Houston di tahun 1985 lalu.
Menyusul tepat di bawah Lady GaGa, tahun ini, adalah nama Taylor Swift melalui dua album miliknya, FEARLESS dan SPEAK NOW.
0 comments:
Post a Comment