it's about anything. too many to mention...

Thursday, December 23, 2010

lindsay lohan terlibat perkelahian di pusat pemulihan


Lindsay Lohan berulah lagi! Bahkan ketika dirinya terkurung di pusat pemulihan, Lindsay pun masih dapat membuat public menyorotnya tajam. Kali ini, Lindsay dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan kerana menyerang seorang pekerja wanita di pusat pemulihan.

Namun, aktres ngotot ini bahawa dirinya dipukul lebih dulu oleh salah satu pegawai Betty Ford Treatment Centre, dan Lohan hanya mempertahankan diri dengan mendorong wanita ini agar menjauh.

Lohan sendiri sudah mengajukan saman rasmi kepada staff wanita di fasiliti rawatan mewah ini, yang diakui Lohan sudah 'mengincar'nya selama beberapa minggu terakhir.

Lohan, yang dipindahkan ke lokasi rahsia akhir minggu ini, mengaku bahawa dirinya terpaksa memukul wanita ini dalam pertengkaran fizikal yang terjadi 12 Disember lalu.

Menurut TMZ, pertengkaran ini dimulakan ketika Lohan terlambat 10 minit untuk pemeriksaan setelah berkunjung ke sebuah bar bersama beberapa temannya. Beberapa sumber menyatakan bahawa pegawai ini dengan tidak adilnya memarahi Lohan dan memintanya menjalani ujian alkohol dan dadah.

Dalam adu mulut yang semakin meninggi ini, staff ini 'turun tangan', seperti yang diungkapkan beberapa temannya, dan perkelahian pun tak terhindari. Setelah adanya laporan, pihak berwajib pun datang dan menginterogasi kedua2 pihak.

Ketika penyelidikan lengkap nanti, maka pihak berwajib akan mendapatkan laporan rasmi. Jika Lohan terbukti bersalah, maka aktres ini bakal menjalani hukuman 6 bulan penjara, kerana dirinya masih dalam masa percubaan setelah memandu sambil mabuk 2007 silam.

0 comments: