Presenter, penyanyi dan aktres Luna Maya hadir sebagai saksi pada perbicaraan ke-6 kes video porno dengan suspek Nazriel Ilham atau Ariel Peterpan, di Gedung Pengadilan Negeri (PN) Bandung, hari ini.
Luna tiba di mahkamah sekitar pukul 8.30 WIB dan langsung dibawa ke Ruang Kasubab Bagian Kepegawaian. Dia sebelum ini tidak hadir pada perbicaraan ke-4 dan ke-5.
Kedatangan Luna Maya sebagai saksi juga didampingi oleh penyanyi dangdut senior, Camelia Malik. Luna yang mengenakan pakaian biru dengan motif kotak-kotak juga mendatangi Ariel di bilik tahanan sementara.
Wartawan2 juga cuba untuk mewawancara Luna namun gadis kelahiran Bali tersebut hanya menebar senyum.
Bekas isteri Ariel iaitu Sarah Amalia juga dijadualkan menjadi saksi dalam perbicaraan pada hari ini. Namun, hingga pukul 9.00 WIB dia tak dilihat di mahkamah.
Agenda perbicaraan ke-6 kes video porno dengan suspek Ariel ialah mendengarkan keterangan saksi-saksi iaitu Luna Maya, Reza Rizaldy (alias terdakwa Redjoy), Sarah Amalia, dan Riko.


0 comments:
Post a Comment