it's about anything. too many to mention...

Monday, December 20, 2010

luna maya nangis tinggalkan perbicaraan ariel


Luna Maya meninggalkan bilik perbicaraan sambil menangis, selepas menjadi saksi dalam perbicaraan ke-6 kes video porno dengan suspek Ariel. Perbicaraan pada hari ini berlangsung di Ruang Kresna bangunan Pengadilan Negeri (PN) Bandung, Isnin.

Luna Maya menjadi saksi sekitar satu jam dalam perbicaraan itu iaitu dari pukul 10.30 hingga pukul 11.30 WIB. Seperti biasa, tidak sepatah kata pun keluar dari Luna Maya selepas menjadi saksi dalam perbicaraan tersebut.

Luna langsung dikawal ketat oleh polis dan lima orang pengawal peribadi untuk meninggalkan bangunan PN Bandung melalui pintu belakang.

Dalam perbicaraan ke-6 kes video porno yang diketuai oleh Majlis Hakim Singgih Budi Prakoso, Jaksa Penuntut Umum Rusmanto menghadirkan tujuh orang saksi namun yang dapat hadir hanya empat orang, iaitu Luna Maya, Reza Rizaldy, Anggit Gagah Pratama, Budi Haryanto.

0 comments: