it's about anything. too many to mention...

Thursday, December 16, 2010

perjalanan hidup britney spears dibuat komik


Entah sudah berapa banyak selebriti yang kisah hidupnya dijadikan cerita komik oleh BlueWater Production tapi yang jelas kali ini BlueWater mengangkat kisah hidup Britney Spears. Khabarnya, komik ini bakal mengisahkan perjalanan karier Britney termasuk masalah peribadi yang pernah membuat kariernya tersendat-sendat.

Menurut Splash News, komik yang diberi judul sederhana, FAME: BRITNEY SPEARS ini bakal segera diedarkan di Amerika Syarikat mulai bulan Mac nanti.

BlueWater Production sendiri sebenarnya baru berdiri tahun 2003 lalu. Syarikat yang memang bergerak di bidang komik ini memang mengkhususkan diri dalam membuat komik tentang selebriti2. Banyak sudah selebriti yang kisah hidupnya dijadikan komik baik dalam bentuk biografi mahupun bentuk fiksyen. Beberapa nama yang sudah pernah jadi watak dalam komik BlueWater adalah
Stephenie Meyer, Michelle Obama, Barbara Walters, Sarah Palin, Hillary Clinton, Barack Obama, Colin Powell, Joe Biden, Lady GaGa, Robert Pattinson, Kristen Stewart, dan Taylor Swift.

0 comments: