Sejak memutuskan pertunangannya dengan Dave Laksono, Shandy Aulia masih juga belum ada pasangan. Beliau dilihat tanpa pasangan saat ditemui di acara resepsi Ananda Mikola dan Marcella Zalianty di Sirkuit Sentul, Bogor, semalam.
Saat ditemui wartawan di lokasi resepsi, Shandy yang ditemani dua sahabatnya di acara ini mengaku ada hikmah yang didapatnya setelah menyandang status solo lagi.
Shandy mengatakan, setelah putus beliau memang jarang tampil lagi di layar kaca. Bukan kerana sedang merana kerana sedih, melainkan memang drama yang dibintanginya sudah berakhir.
Lalu, akankah Shandy merasa trauma menjalani hubungan dengan lelaki lagi? Ditanya begitu beliau langsung menggeleng.


0 comments:
Post a Comment