it's about anything. too many to mention...

Thursday, December 23, 2010

tamara bleszynski lahirkan bayi lelaki


Pasangan Mike Lewis dan Tamara Bleszynski tengah berbahagia. Seorang bayi lelaki melengkapi keluarga mereka, setelah melalui proses kelahiran di Rumah Sakit Medistra, Jakarta Selatan, semalam pukul 7 pagi.

Bayi kedua bagi Tamara ini semula dijangka doktor akan lahir pada 17 Disember, namun perkiraan tersebut ternyata meleset. Persalinan mundur beberapa hari dari perkiraan, melalui proses caesar. Padahal sejak 11 November, Tamara telah menempah bilik 514.

Kelahiran ini merupakan anak kedua bagi Tamara, kerana pernikahan pertamanya dengan Teuku Rafli, dikurniakan Teuku Rasya Islamay Pasha. Sementara bagi Mike merupakan buah hatinya yang pertama.

Mike dan Tamara melangsungkan pernikahan di Bali dalam sebuah upacara tertutup dan sangat peribadi pada 2 Februari 2010. Foto-foto saat bahagianya juga dibeli oleh KapanLagi.com™, di mana hasilnya kemudian disumbangkan ke yayasan sosial, Maria Monique Lastwish Foundation.

Rancangannya pihak Tamara akan mengadakan sidang akhbar petang semalam, sekitar pukul 5.30 petang di hospital tersebut.

0 comments: