Pernah dengar istilah Digital Death (Kematian Digital)? Well, ini adalah bentuk keprihatinan selebriti2 terhadap nasib kanak-kanak yang terlantar. Mereka bertekad tidak menyentuh akaun Twitter dan Facebook mereka sampai mereka berjaya menggalang dana sebanyak US$1 juta. Setelah seminggu, akhirnya sebuah sumbangan bernilai US$500 ribu menyelamatkan selebriti2 termasuk Kim Kardashian dari 'kematian digital' mereka. Welcome back guys!
Awalnya, Kim Kardashian, Lady Gaga, Justin Timberlake, Ryan Seacrest, dan beberapa selebriti terkenal Hollywood menjangka kalau mereka tak akan menunggu terlalu lama untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. 24 jam adalah waktu yang semula mereka jangkakan. Nyatanya, sampai enam hari angka yang terkumpul tak juga mendekati nilai US$1 juta dan mereka mulai resah.
Ada yang komen bahawa ini adalah bukti bahawa tidak ada orang yang prihatin pada iktikad baik mereka namun bantuan akhirnya datang juga. Seorang jutawan bernama Stewart Rahr akhirnya menyumbangkan wang bernilai US$500 ribu dan berakhirlah Digital Death.


0 comments:
Post a Comment