it's about anything. too many to mention...

Thursday, December 16, 2010

usher ditendang peminat, tepat di muka!


Mungkin ada alasan bagus mengapa artis2 jarang mengajak fansnya naik ke atas pentas dan turut beraksi bersama mereka. Apa yang dialami Usher inilah yang mungkin dapat menjadi contoh, kerana baru-baru ini penyanyi ini ditendang oleh salah seorang fansnya, tepat di wajah!

Usher sendiri tentunya tidak menyangka bahawa dia akan mendapat 'lebih' dari fansnya ketika dirinya mengajak salah seorang gadis naik ke atas pentas. Saat itu, mentor Justin Bieber ini sedang menyanyi di Madison Square Garden, Ahad lalu.

Namun 'bencana' ini terjadi ketika mereka duduk di sebuah sofa di atas pentas agar lebih dekat. Peminat ini pun berusaha menaikkan kakinya melepasi kepala bintangnya. Sayangnya, kerana tidak cukup tinggi, tumit kasut fans ini pun sukses mendarat di wajah Usher.

0 comments: