Setelah 'kematian digital' mereka, akhirnya selebriti2 seperti Lady GaGa, Kim Kardashian, Justin Timberlake, Usher dan Alicia Keys dapat kembali hidup! Dan tidak lain, 'kehidupan' ini mereka dapatkan dari peminat2 yang cinta dan prihatin dengan mereka.
Sebelum ini, selebriti2 ini telah bersumpah akan meninggalkan Twitter dan Facebook sebelum mereka berjaya mengumpulkan dana sebanyak 1 juta dolar untuk kepentingan amal di hari AIDS 1 Disember lalu.
Acara amal ini ditujukan untuk menyokong organisasi Keep A Child Alive milik Alicia Keys. Dan untuk melakukannya, selebriti2 bersedia tidak aktif secara online sampai cita-cita mulia mereka tercapai.
Dan untungnya, bintang2 dan peminat2nya berjaya mengumpulkan $500, 000 dan baiknya dibantu oleh seorang jutawan bernama Stewart Rahr.
Usher, salah satu selebriti yang 'mati', pernah menulis untuk pertama kali pada akaun Twitternya, menyatakan betapa bahagianya mereka dapat kembali 'hidup'.


0 comments:
Post a Comment