Dalam hal memilih pasangan, rupanya Winona Ryder ada kriteria yang cukup matang yang membuatnya tidak mudah bercinta dengan siapa saja. Salah satunya adalah dia hanya akan menjalin hubungan dengan lelaki yang ada di industri filem. Apa alasannya?
Dalam wawancara dengan majalah Elle, bintang EDWARD SCISSORHANDS ini menyatakan bahawa dirinya tidak bersedia bercinta dengan orang-orang di luar industri filem kerana dia 'tidak percaya' kepada mereka, termasuk mengenai motif dan alasan mereka mendekatinya.
Oleh kerana inilah, Winona akhirnya cenderung ingin berhubungan dengan seseorang yang menjalani karier yang sama dengannya, kerana mereka akan lebih mengerti dirinya.
Winona sendiri pernah berhubungan dengan beberapa aktor terkenal, termasuk bertunang dengan Johnny Depp pada awal 90-an.
0 comments:
Post a Comment