it's about anything. too many to mention...

Monday, January 24, 2011

cameron diaz makan malam bersama bill clinton


Entah untuk urusan kenegaraan, politik, ataukah justeru filem terbaru, berita yang cukup mengejutkan datang dari Cameron Diaz. Baru-baru ini, bintang THE GREEN HORNET ini dilihat makan malam bersama bekas presiden AS, Bill Clinton!

Aktres ini dikhabarkan asyik menikmati makan malamnya bersama Clinton di Prime 112, Miami Beach, Rabu lalu. Yang unik, makan malam ini juga tak lepas dari penjagaan ketat bodyguard2 Clinton yang tak lepas memerhatikan setiap gerak-geri orang di sekitarnya untuk menjaga keselamatan suami Menteri Luar AS, Hillary Clinton ini.

Malam itu, Diaz mengenakan sebuah gaun mini ketat berwarna hitam yang tak pelak memamerkan lekuk tubuhnya yang indah. Beberapa saksi mata menyatakan bahawa mereka dilihat akrab dan menikmati anggur merah bersama di restoran mewah ini.

Eits, tapi jangan salah sangka dulu, kerana dalam makan malam ini, Diaz ditemani oleh kekasihnya, Alex Rodriguez, yang juga dilihat akrab bersama Bill Clinton. Ketiga2nya juga dilihat berpisah selepas makan malan, dengan Clinton yang kembali dikawal ke kereta peribadinya oleh pengawal2 peribadi presiden.

0 comments: