it's about anything. too many to mention...

Monday, January 31, 2011

dapat watak vampire, johnny depp rajin minum teh


Nama Johnny Depp memang disebut-sebut bakal jadi pelakon Barnabas Collins, vampire dalam filem berjudul DARK SHADOWS yang kemungkinan bakal diedarkan tahun 2011 ini. Anehnya, persiapan yang dilakukan Depp kali ini nampaknya sama sekali tidak ada hubungannya dengan vampire. Ada yang kata sejak mendapat watak ini Depp jadi rajin minum teh.

Ternyata Johnny Depp rajin minum teh kerana beliau merasa yang beliau terlalu gemuk untuk melakonkan vampire. Targetnya, beliau harus menurunkan berat badan sampai sekitar 64kg agar beliau dilihat kurus dan cukup sesuai melakonkan vampire. Selain rutin minum teh hijau, Depp juga hanya makan buah-buahan rendah fruktosa seperti strawberry. Pola makan ini akan berlangsung sampai penggambaran filem DARK SHADOWS dimulakan.

Versi layar lebar dari opera sabun yang tayang dulu tayang di rangkaian televisyen ABC ini akan diarahkan oleh Tim Burton dan ini memang bukan kerja sama pertama buat mereka berdua. Dalam filem ini nanti Burton akan lebih fokus pada karakter Barnabas Collins yang akan menghadapi banyak lawan seperti penyihir, hantu, monster dan serigala jadian. Kalau semua lancar, penggambaran DARK SHADOWS akan dimulakan bulan April akan datang.

0 comments: