it's about anything. too many to mention...

Tuesday, January 25, 2011

eminem amalkan rusa mati


Bila amal yang dilakukan selebriti biasanya berupa wang atau lelong, maka lain halnya dengan Eminem. Rapper kontroversi ini beramal menggunakan sebuah rusa mati! Untuk apa ya?

Ternyata, rusa ini adalah rusa yang berusaha melompat ke dalam mansionnya di Detroit, Michigan. Sayangnya, kerana tak berjaya, rusa ini pun tersungkur dan ditemui sudah mati di halaman rumah Eminem.

Mengetahui hal ini, Eminem pun menyuruh orang-orangnya untuk memindahkan bangkai rusa ini dan membawanya ke agensi yang akan memproses dagingnya. Daging rusa ini pun selanjutnya dibahagi-bahagikannya kepada mereka yang memerlukan makanan.

Sebelum ini, peraih penghargaan Grammy ini, bersama adiknya, Nate, menemui rusa ini sudah terbaring mati setelah alarm keselamatan mati akibat pencerobohan rusa tak beruntung ini.

0 comments: