it's about anything. too many to mention...

Wednesday, January 26, 2011

ibu mulan juga tolak jawab isu kehamilan


Berita kehamilan Mulan Jameela nampaknya memang tertutup rapat-rapat. Bahkan, wartawan yang berupaya mengorek keterangan dengan datang ke rumahnya di kawasan Pondok Indah Jakarta Selatan, belum juga mendapatkan pengesahan. Secerca harapan sempat muncul ketika ibunya, Tyarani Savitri muncul menemui wartawan. Namun sayang, untuk urusan hamil dia menolak berkongsi cerita.

Tyarani yang mengenakan skirt hitam dan baju motif bunga pun langsung kembali masuk ke rumah mewahnya dengan dituntun oleh seorang pembantunya.

Sejak berita kehamilan Mulan, perempuan yang pernah dikhabarkan menjalin hubungan dengan pemuzik Ahmad Dhani itu memang dikesan menutup diri. Kini, dia seperti ditelan bumi dan menjauh dari kehidupan yang berkaitan dengan public.

Jirannya juga memberikan maklumat mengenai kegiatan baru Mulan sejak berita dirinya hamil.

0 comments: