it's about anything. too many to mention...

Monday, January 10, 2011

katie holmes - tom cruise boikot oscar?


Ada berita yang pasangan Katie Holmes dan Tom Cruise tak akan hadir dalam pesta Oscar yang akan diadakan 27 Februari nanti. Meski pasangan ini belum melepas kenyataan namun muncul pendedahan dari orang dalam yang penyebab utama mereka tak mahu datang adalah kerana Anne Hathaway bakal jadi host malam itu.

Ada apa antara pasangan Holmes - Cruise dan Anne Hathaway? Ternyata Katie Holmes merasa tersinggung saat Anne Hathaway mengolok-olok dirinya dalam acara Saturday Night Live bulan November tahun lalu. Holmes merasa seharusnya beliau diberi tahu yang Anne bakal menirukan dirinya dalam acara itu dan kerana itu beliau merasa dikhianati lantaran pasangan Holmes - Cruise pernah 'membela' Hathaway beberapa waktu sebelum ini.

Sekitar tahun 2008 lalu pasangan Katie Holmes dan Tom Cruise memang banyak membantu Anne Hathaway saat aktres ini berpisah dengan Raffaello Follieri. Namun meski berita ini sudah beredar, jurucakap Tom Cruise dan Katie Holmes masih menolak memberikan jawaban. Pihak Tom dan Katie bahkan belum mahu memberi kepastian apakah mereka akan hadir dalam anugerah Oscar atau tidak.

0 comments: