Menonton pertandingan tinju antara dua lelaki berotot mungkin sudah menjadi hal biasa bagi banyak orang. Tapi bagaimana kalau petinju2 ini digantikan oleh dua selebriti cantik Lindsay Lohan dan Paris Hilton?
Hal ini mungkin bakal segera terlaksana, ini kerana, kedua2 bintang yang sama-sama pernah berurusan dengan dadah ini sudah mendapat tawaran dari Hollywood Boxing Federation untuk bertanding di atas ring tinju. Bahkan, kedua2nya akan dibayar USD$ 1 juta untuk aksi mereka ini!
Wang sebanyak USD$ 1 juta ini akan disumbangkan kepada badan amal dadah dan alkohol kalau Lohan dan Hilton bersedia bertanding. Feldman juga menyatakan bahawa kedua2 bintang bermasalah ini harus berhadapan di atas ring tinju dalam beberapa ronde yang masing-masing terdiri atas 3 minit pertandingan. Baik Lohan mahupun Hilton masing-masing akan dibayar sebanyak USD$ 500.000.


0 comments:
Post a Comment