Menjawab konflik beza agama yang sering terjadi di Indonesia, Revalina S Temat sangat menyesali hal tersebut. Menurutnya, masih banyak hal positif yang boleh dikerjakan, selain hal-hal yang berakibat buruk seperti itu. Dan yang pasti, beliau berharap masyarakat lebih dapat menahan emosi atas provokasi pihak-pihak yang tak bertanggung jawab. Apa yang disampaikan oleh Revalina tersebut berkaitan dengan wataknya dalam filem terbaru Hanung, di mana beliau berlakon sebagai Menuk, isteri kepada Reza Rahadian. Karakter yang beliau bawakan adalah seorang wanita yang taat beragama dan patuh pada suami, serta selalu takut untuk berbuat kesalahan.
Menurut bekas kekasih Ringgo Agus Rahman ini, filem tersebut sesuai untuk memperbaiki hubungan suami isteri yang kurang harmoni.
Revalina menambahkan, ada unsur pelajaran dalam filem tersebut, iaitu untuk memperbaiki cara pandang dalam menjelaskan perbezaan sudut pandang dalam beragama, dan bukannya menonjolkan sisi kontroversinya.


0 comments:
Post a Comment