it's about anything. too many to mention...

Monday, January 10, 2011

rihanna 'kuasai' british music chart


Minggu ini, Rihanna berjaya menempatkan album sekaligus single di posisi terhormat tangga lagu dan tangga album England. Ini prestasi yang cukup mengagumkan kerana baik single mahupun album Rihanna harus bersaing dengan pemuzik lain yang sama sekali tak boleh dianggap remeh.

Nyatanya, single What's My Name berjaya menggeser The Time (Dirty Bit) kepunyaan Black Eyed Peas dan bertenggek di puncak tangga. Selain harus bersaing dengan Black Eyed Peas, single yang dibawakan Rihanna bersama Drake ini juga harus bersaing dengan When We Collide milik Matt Cardle, Lights On milik Katy B, dan Do It Like A Dude yang dibawakan oleh Jessie J.

Di saat yang sama, menurut Splash News, album LOUD milik Rihanna juga berjaya menggeser PROGRESS milik Take That, THE DEFAMATION OF STRICKLAND BANKS milik Plan B, THE LADY KILLER kepunyaan Cee Lo Green, dan SIGH NO MORE milik Mumford & Sons.

Bukan hanya itu, single Only Girl In The World milik Rihanna juga masih bertahan di senarai sepuluh besar, tepatnya di tangga ke sembilan.

0 comments: