it's about anything. too many to mention...

Tuesday, January 4, 2011

sumbang wang us$2 juta, jolie - pitt ajarkan shiloh cinta afrika


Aksi sosial Brad Pitt dan Angelina Jolie seakan tak pernah berhenti. Kali ini pasangan selebriti Hollywood terkenal tersebut rela mengeluarkan wang bernilai US$2 juta untuk diberikan kepada pengurus suaka margasatwa di Afrika. Hal itu mereka lakukan saat merayakan Natal bersama keenam2 anak mereka.

Yayasan milik kedua2nya, Jolie-Pitt Foundation, dicatat telah memberikan derma tersebut kepada Naankuse Wildlife Sanctuary di Namibia yang akan digunakan untuk membantu melindungi haiwan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan di sana.

Jolie yang melahirkan anak kandungnya, Shiloh, di Namibia merupakan teman rapat yang juga pengarah serta penubuh Naankuse iaitu Rudi dan Marlice van Vuuren. Dan sumbangan kali ini diberikan atas nama Shiloh.

Jolie dan Pitt bersama keenam2 anak mereka melalui percutian Natal selama seminggu di kawasan suaka margasatwa. Pegawai yayasan tersebut menuturkan bahawa keluarga besar ini menikmati serangkaian acara di sana termasuk menjenguk bayi babun yang yatim piatu, memberi makan musang, mengunjungi sekolah tempatan, dan melihat macan tutul dilepas ke alam bebas.

0 comments: