it's about anything. too many to mention...

Monday, February 7, 2011

aktivis perempuan : terjadi pelanggaran ham dalam kes ariel


Kelmarin artis Luna Maya diundang oleh Jaringan Aktivis Perempuan dan HAM Untuk Keadilan guna menghadiri sidang akhbar dari organisasi tersebut. Aktivis tersebut menyoroti Undang-Undang Pornografi yang mereka nilai bermasalah kerana telah menjerat orang-orang yang tidak semestinya.

Aktivis tersebut mengatakan komitmen mereka sebagai organisasi yang menentang pornografi. Namun bagi mereka yang patut disalahkan dalam kes seperti ini adalah penyebar dan bukan mangsa.


Namun Organisasi mereka menganggap secara undang2 apa yang dilakukan oleh
Ariel bukanlah pelanggaran. Terutama kerana pembikinan video tersebut adalah untuk simpanan peribadi.

Organisasi tersebut juga menyoroti adanya pelanggaran HAM yang dilakukan, di mana orang yang sebenarnya menjadi mangsa malah didakwa secara tidak tepat dengan menggunakan UU Pornografi.

0 comments: