Penampilan Gaga dalam 53rd Annual Grammy Awards, di Staples Center, Los Angeles ini boleh dinikmati secara live melalui video stream melalui laman GagaDirect.com. Single terbarunya ini sebetulnya telah beredar di YouTube.com, namun tentu saja penampilan wanita bernama asli Stefani Joanne Angelina Germanotta ini, di anugerah Grammy menjadi sebuah ektasi tersendiri bagi peminat2nya.
Di tengah euforia peminat2nya ini, single terbaru Lady Gaga mendapat respon yang berbeza2 dari kalangan pengkritik dan peminatnya. Banyak yang membandingkan single baru GaGa ini dengan lagu lama Madonna, Express Yourself. Beberapa juga mengatakan bahawa Born This Way adalah sebuah karya yang briliant.
Teman baik GaGa, Perez Hilton yang tidak menyangkal pembandingan tersebut, berpendapat bahawa lagu sahabatnya ini lebih baik dari milik Madonna. Dia memuji bahawa lagu ini bakal 'mengubah kebudayaan' dan 'menyelamatkan jiwa'. Satu lagi pemuzik yang merespon positif single GaGa ini, Hayley Williams, vokalis Paramore.
Terlepas dari banyaknya kritik dan sokongan yang terus datang, single ini telah menduduki posisi puncak di ITunes Chart di 23 negara, memecahkan rekod yang dipegang Britney Spears, dengan lagu Hold It Against Me yang jadi juara di 16 negara. Yang menakjubkan, single ini meraih posisi puncak tersebut kurang dari 3 jam setelah dirilis di Amerika Syarikat.


0 comments:
Post a Comment