Dengan izin dari Ratu, maka pasangan pemain bola dan pereka fashion ini rasmi berada dalam deretan selebriti ternama yang berada dalam senarai 1900 tamu undangan untuk pernikahan Putera William dan KatMiddleton yang akan diadakan 29 April akan datang.
Berita ini nampaknya cukup lumrah, mengingat persahabatan yang dijalani putera ini dan David. Sejak bertemu dalam perlawanan Piala Dunia yang diadakan di Afrika Selatan tahun lalu, pemain bola dan putera ini, yang menjabat sebagai pengarah Football Associaton, dilihat cukup rapat secara profesional mahupun personal.
Kedua2nya juga menjadi satu kumpulan, walau akhirnya harus kalah, pada perebutan tuan rumah Piala Dunia 2018. Victoria juga dikhabarkan cukup rapat dengan Kate Middleton, sampai-sampai dirinya mengirimkan beberapa busana rekaannya kepada calon ratu England ini.
Beberapa sumber dipercaya menyatakan bahawa undangan royal wedding yang disebar hanya diperuntukkan untuk 1, 900 tamu undangan, termasuk 'sejumlah kecil' selebriti, pilot2 dan tentera dengan jumlah 'lumayan banyak', 1000 orang teman dan keluarga mempelai, juga 80 pekerja amal. Susunan tamu ini digunakan sebagai cermin kehidupan putera ini dan calon isteri yang 'cukup normal' di North Wales, juga pekerjaannya sebagai pilot RAF.
Sayangnya, David dan isterinya tidak akan menghadiri acara paling ekslusif, iaitu pesta dansa plus makan malam yang akan dituan-rumahkan oleh Putera Charles. Ini kerana, pesta ini tertutup dan hanya ada 300 orang yang diundang.
Jurucakap Beckham menolak menjawab hal-hal peribadi, yang juga sejalan dengan perwakilan Buckingham Palace yang menolak memberikan kenyataan tentang undangan secara peribadi.


0 comments:
Post a Comment