it's about anything. too many to mention...

Tuesday, February 15, 2011

dewi sandra cetak trending topic paling unik


Salah satu trending topic paling unik di dunia dibuat dari Indonesia, hari ini di mana artis cantik Dewi Sandra secara tiba-tiba mencatatkan namanya di trending topic dunia dengan keterangan super aneh, iaitu 'Dewi Sandra ternyata bulu hidungnya lebat'.

Perbahasan ini menyulut banyak respon dari tweeps, di mana kebanyakan dari mereka kebingungan apa sebenarnya hubungan antara Dewi Sandra dengan bulu hidung? Jika melihat dari fakta bahawa Dewi Sandra adalah seorang artis, pasti tidak mungkin wanita cantik tersebut bakal membiarkan bulu hidungnya benar-benar lebat kerana hal itu boleh merosak imej.

Trending topic ini berkembang layaknya fakta-fakta unik yang sebenarnya tidak benar, namun kerana fakta tersebut tidak biasa maka hal itu memancing respon begitu besar. Seperti salah satu contoh yang fresh di benak kita adalah berita mengenai Justin Bieber sebenarnya lelaki berusia 50 tahun.

Terus bagaimana respon pengguna2 twitter dengan adanya trending topic ini? Ternyata kebanyakan dari mereka bertanya-tanya kebingungan dengan TT kali ini.

Namun begitu mereka mendapat keterangan mencengangkan bahawa TT kali ini disebabkan kerana fakta buatan yang aneh tersebut, kebanyakan dari mereka juga tak dapat menahan tawa, dan bahkan mula saling goda.

Terlepas dari benar tidaknya Dewi Sandra memiliki bulu hidung yang lebat, hal ini membuktikan sekali lagi bahawa pengguna twitter di Indonesia adalah salah satu yang terbesar di dunia. Hal ini juga sekaligus menjadi bukti, bahawa tidak perlu menjadi sekacak Justin Bieber atau se-eksentrik Lady Gaga untuk menguasai Trending Topic dunia, namun cukup dengan satu hal kecil sekecil bulu hidung Dewi Sandra pun, itu cukup untuk mengejutkan dunia twitter dengan menjadi salah satu trending paling unik di dunia.

0 comments: