Melanjutkan prestasi Lady Gaga dan Justin Bieber, Eminem baru saja memecahkan rekod dalam sejarah dunia maya. Ini kerana, rapper ini menjadi penyanyi hip-hop pertama yang mencapai angka 1 billion untuk videonya yang diputar di YouTube!
Single Eminem yang berjudul Not Afraid dan Love The Way You Lie terbukti sangat popular dalam laman sharing video ini, dan tepat Isnin lalu, Eminem boleh menyatakan diri sebagai salah satu dari tiga pemuzik yang berjaya memecahkan rekod ini.
Bintang lain yang juga mendapat penghormatan yang sama dengan Eminem adalah Lady Gaga dan Justin Bieber. Bieber dapat mempertahankan gelarannya sebagai artis dengan video yang paling banyak dilihat dengan angka 1.3 billion view, seperti yang dilansir FameCount.com.
Artis yang akan segera menyusul prestasi ketiganya dijangka adalah Rihanna. Lagu duetnya dengan Eminem dalam lagu Love The Way You Lie part 2 telah mencapai angka 292 juta view.


0 comments:
Post a Comment