it's about anything. too many to mention...

Friday, February 11, 2011

emma watson lepas bayang2 harry potter


Sepuluh tahun terakhir nama Emma Watson memang identik dengan Hermione Granger dan ada yang pernah khuatir kalau masa depan Watson bakal suram kalau franchise sukses ini berakhir. Nyatanya Emma Watson berjaya membuktikan kalau beliau bukan hanya boleh menjadi Hermione saja. Dalam waktu dekat ini beliau bakal beradu lakonan dengan Logan Lerman dalam filem THE PERKS OF BEING A WALLFLOWER.

Meski saat ini Emma Watson masih harus kuliah di Brown University namun nampaknya itu tak akan menghalang niat aktres asal England ini untuk terus wujud di dunia filem. Khabarnya, menurut Splash News, filem ini akan mengangkat kisah tentang seorang lelaki yang mengalami gangguan mental dan harus menerima kenyataan bahawa sahabat baiknya telah meninggal akibat bunuh diri.

Karakter lelaki ini akan dilakonkan oleh Logan Lerman sementara Emma Watson akan melakonkan wanita yang nantinya jadi seorang yang menjadi cinta pertama karakter lelaki dalam filem ini. Filem ini dibiayai oleh Summit Entertainment yang juga menjadi pemilik hak edar franchise TWILIGHT SAGA. Sebagai tambahan, filem ini akan diarahkan oleh pengarah Stephen Chbosky yang juga adalah seorang penulis novel.

0 comments: