Lionsgate akhirnya menetapkan 12 Ogos sebagai tarikh rilis filem DON'T BE AFRAID OF THE DARK yang dibintangi oleh Katie Holmes dan Guy Pearce. Sebenarnya filem ini sudah cukup lama ditahan di gudang studio lantaran masalah Miramax yang kemudian malah dijual. Akhirnya tak sia2 Holmes mati-matian berlakon kerana filem ini dirilis juga.
Menurut Splash News, filem berjudul DON'T BE AFRAID OF THE DARK ini sebenarnya adalah remake dari filem televisyen yang beredar di tahun 1973 lalu. Entah mengapa Guillermo Del Toro nampaknya tertarik pada filem lawas ini sampai-sampai beliau berusaha untuk membangkitkan lagi filem horror yang dibuat oleh ABC itu.
Yang jelas, Katie Holmes diberi watak sebagai seorang wanita yang baru saja pindah ke sebuah rumah baru dan mendapati bahawa rumah itu sebenarnya telah dihuni oleh makhluk-makhluk dari dunia kegelapan yang berusaha menyeret karakter yang dilakonkan Holmes ke dunia mereka.
Selain menjadi produser, Guillermo Del Toro juga turut menulis skrip filrm yang diarahkan oleh Troy Nixey ini.


0 comments:
Post a Comment