Kalau hasil pertandingan Piala Dunia kelmarin pernah diramal oleh seekor kurita bernama Paul, kini hasil Oscar nampaknya juga sudah diramal oleh seekor possum bernama Heidi. Khabarnya, gelaran Aktres Terbaik Oscar tahun ini bakal jatuh ke tangan Natalie Portman. Benar atau tidak, masih harus ditunggu sampai 27 Februari nanti.
Konon, possum bermata juling yang diberi nama Heidi ini mampu meramalkan siapa yang bakal meraih gelaran terhormat di anugerah paling berprestij di dunia perfileman ini. Menurut Splash News, Heidi akhirnya memilih Natalie Portman sebagai pemenang kategori Aktres Terbaik Oscar dan videonya sempat diputar di acara Jimmy Kimmel.
Bagaimana cara Heidi memilih? Ternyata, ada beberapa patung Oscar buatan yang ditempatkan di dekat Heidi. Pada masing-masing patung Oscar buatan ini ada foto dari masing-masing nominasi untuk kategori Aktres Terbaik termasuk foto Natalie Portman, Michelle Williams, Nicole Kidman dan tentu saja Annette Benning.
Setelah lama berputar-putar cukup lama, akhirnya Heidi menjatuhkan pilihannya pada patung yang ditampai foto Natalie Portman. Benarkah Portman bakal jadi Aktres Terbaik tahun ini? Bukan tak mungkin kerana baik pengamat2 mahupun masyarakat nampaknya memang berpihak pada aktres yang berlakon cantik dalam filem BLACK SWAN ini.


0 comments:
Post a Comment