Setelah penampilannya yang dicekal dalam SESAME STREET, Katy Perry rupanya tak serik tampil dalam siri TV. Kali ini, penyanyi bertubuh indah ini sekali lagi menunjukkan bakat lakonannya dalam HOW I MET YOUR MOTHER.
Mengenakan sebuah gaun merah berpotongan dada rendah, Katy tampil sebagai sepupu seksi Zoey yang bernama Honey. Dalam penampilannya, Katy banyak mengadu lakonan dengan Neil Patrick Harris, yang melakonkan Barney dalam siri TV komedi ini.
Honey, yang dilakonkan Perry, menghabiskan malam bersama Barney di sebuah bar. Barney pun menceritakan padanya betapa dia adalah pemilik sebuah syarikat penerbangan, juga telah memenangi penghargaan Nobel sebanyak 4 kali.
Dengan penampilannya yang seksi, Barney pun menyeletuk dan menyatakan bahawa Honey ada 'sepasang kelapa yang indah'. Rupanya, bukan hanya Barney yang tertarik dengan Honey, namun juga Ted, yang dilakonkan oleh Josh Radnor, yang ironinya adalah lelaki yang dikejar-kejar oleh Zoey, sepupu Honey dalam episod ini.


0 comments:
Post a Comment