Kostum Lady Gaga kali ini mungkin adalah salah satu yang sama sekali tak dibayangkan oleh mereka yang akan berkunjung ke satu pertunjukan opera. Namun, Lady Gaga tetap pede tu menonton opera walau 'lupa pakai seluar'!
Dalam opera yang juga cukup tak biasa ini, iaitu musikal American Idiot oleh Green Day, Gaga datang bersama Luc Carl, kekasihnya. Yang unik, kostum yang dikenakan Gaga seolah-olah menunjukkan bahawa penyanyi ini lupa memakai seluar, kerana Gaga hanya memakai jaket dan sarung tangan kulit, yang menutupi pakaian dalamnya, dilengkapi stoking jala-jala plus platform high heelsnya yang menjulang.
Selama berjalan ditemani bodyguard dan seorang polis, Gaga setia menutup matanya dengan kacamata hitam milik Chanel. Gaga juga datang secara berasingan dengan kekasihnya, Luc Carl.
Carl sendiri lebih memilih kostum yang lebih 'normal', iaitu setelan jas bermotif garis yang dipadu dengan kemeja kelabu dan kasut kulit berwarna coklat gelap. Berhadapan dengan kamera wartawan, Carl juga memilih menutup wajahnya sepanjang jalan dengan telapak tangannya.
0 comments:
Post a Comment