it's about anything. too many to mention...

Thursday, February 24, 2011

lady gaga tampil seram di iklan kosmetik


Lady GaGa akhirnya memenuhi janjinya untuk menjadi bintang iklan! Kali ini, GaGa berpose untuk produk make-upnya, Viva Glam, yang diproduksi bersama MAC Cosmetic. Dan tentunya, bukan Gaga kalau tidak unik!

Tentunya, iklan produk kosmetik ini tak seperti banyak iklan sejenis lain yang menampilkan kecantikan atau keindahan tubuh. Kerana Gaga lebih memilih untuk menampilkan sisi dirinya yang 'menyeramkan' sekaligus elegant.

Gaga dilihat dalam beberapa adegan misteri dengan menggunakan korden, sampai akhirnya dirinya dilihat sedang berdandan di depan sebuah cermin. Cermin ini pun cukup unik, kerana dikelilingi oleh tengkorak-tengkorak dan gelas martini yang berisi ikan emas. Pada adegan terakhir, Gaga dilihat memakai lipstik berwarna muda di bibirnya.

Untuk iklan ini, rancangannya Gaga akan menggunakan semua wang yang didapat dari penjualan produknya untuk amal, iaitu program bersama Viva Glam dan MAC AIDS Fun. Koleksi kosmetik ini boleh dibeli melalui laman rasminya.

0 comments: