it's about anything. too many to mention...

Monday, February 14, 2011

laudya chintya bella target nikah usia 25 tahun


Jika sebelum ini tak mahu memasang target, namun kali ini Laudya Cinthya Bella berkeinginan untuk menikah di usia muda antara 24-25 tahun. Alasan Laudya yang kini berusia 23 tahun untuk menikah muda kerana dia ingin hubungan dirinya dengan anaknya boleh menjadi teman.

Laudya mengungkapkan bahawa hubungannya dengan Chico Jericho sangat serius. Dia juga telah mematangkan rancangan ini. Akan tetapi dia tak memaksa dalam praktiknya dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan.

Laudya menambah bahawa dia berusaha sesantai mungkin dan tak ingin diobseskan yang jika tak terwujud akan membuatnya sakit.

Bekas kekasih Raffi Ahmad ini mengatakan bahawa rancangan ini hanya dirinya dan Chiko saja yang tahu. Orang tua mereka berdua hanya tahu bahawa saat ini masih bercinta saja.

0 comments: