Ketika sudah hampir tak ada orang yang membelanya, maka tak ada pilihan lain bagi Lindsay Lohan. Ketika tuduhan pelanggaran masa percubaan ketagihan alkohol dan dadah, juga pencurian, datang padanya, Lindsay pun harus membela dirinya sendiri.
Pada Khamis lalu, sebuah akhbar menerbitkan berita yang menyatakan bahawa bintang MEAN GIRLS ini 'ditangkap basah' sedang berpesta. Hal ini tentunya merupakan risiko besar bagi Lohan, kerana dirinya dilarang hadir di tempat-tempat 'berisiko' mahupun berkumpul dengan teman-teman yang akan menempatkannya kembali ke masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Lindsay, yang juga dituduh melakukan pencurian atas sebuah kalung mahal, rupanya tak ingin membuat berang hakim2 dan menafikan berita tersebut sebelum dirinya mendengarkan keputusan mahkamah minggu depan.
Beberapa berita memang pernah menyebut Lohan dan Ronson yang dilihat bersama di kereta Porsche milik DJ ini, yang juga bekas pasangan lesbian Lohan, pada Jumaat pagi hari. Tak lama, Ronson memposting tulisan melalui Twitter yang memicu berita bahawa kedua2nya bersama kembali.


0 comments:
Post a Comment