it's about anything. too many to mention...

Thursday, February 24, 2011

lindsay lohan dipastikan akan masuk penjara


Nampaknya kali ini Lindsay Lohan bakal tak boleh lagi menghindar atau berkelit dengan tuduhan pencurian kalung berharga $ 2, 500 dari sebuah butik perhiasan. Ini kerana, hakimnya sudah menyatakan bahawa seperti apa pun usaha Lohan, aktris ini akan tetap berada di balik jeriji besi!

Hal ini diungkapkan hakimnya pada perbicaraan kedua yang dihadiri oleh Lindsay, hari ini. Dalam bicara ini, Lindsay hadir bersama peguamnya dan dilihat cukup yakin pada sekitar pukul 8.30 pagi. Bintang MACHETE ini dilihat mengenakan sweater hitam berpotongan dada rendah dan skirt putih. Rambutnya diikat kuda dan penampilannya dilengkapi dengan kacamata hitam.

Dalam perbicaraan, peguam Lindsay dan penuntut melakukan diskusi tertutup yang dilakukan di bilik hakim selama 30 minit untuk kemungkinan pengajuan permohonan. Setelah pembicaraan ini, diputuskan Lindsay ada waktu sampai 10 Mac untuk mengaku dan menjalani masa penahanan di penjara, atau berlanjut ke mahkamah dengan kemungkinan masa hukuman yang lebih berat.

Kalau terbukti bersalah, maka Lindsay akan menghadapi masa hukuman sampai 3 tahun penjara di penjara negara.

0 comments: