it's about anything. too many to mention...

Monday, February 7, 2011

lindsay lohan dituduh mencuri barang kemas


Well, bila ya Lindsay Lohan berhenti terlibat masalah? Setelah kes dadah, alkohol, penahanan, dan pemulihan, kini aktres ini dituduh mencuri barang kemas!

Bahkan, kerana tuduhan pencurian barang kemas yang dilakukan Lindsay di Los Angeles ini, pihak berwajib sampai memerintahkan penggeledahan di rumah bintang MEAN GIRLS ini.

RadarOnline.com juga melansir bahawa Lindsay dituduh mencuri seutas rantai bernilai tinggi. Bahkan, pihak berwajib sudah memiliki rakaman video yang memperlihatkan aktres ini sedang mengenakan barang kemas ini.

Jika barang kemas ini sampai bernilai USD$5,000, maka Lindsay boleh didakwa melakukan pelanggaran berat, yang tentunya mengancam hari-hari bebasnya selepas pemulihan dadah dan alkohol yang dilakukannya akhir tahun lalu.

Walau sudah disahkan bahawa sudah ada perintah penggeledahan, namun berita mengenai kelanjutan kes ini masih belum jelas. Lindsay sendiri masih dalam masa percubaan setelah perkelahiannya dengan bekas pegawai Betty Ford Center, pusat pemulihan yang pernah ditinggalinya, 12 Desember lalu.

0 comments: