it's about anything. too many to mention...

Tuesday, February 1, 2011

noelgallagher.com akhirnya jadi milik noel

Setelah berusaha sekian lama akhirnya domain NoelGallagher.com menjadi milik Noel Gallagher. Walaupun semula pemilik domain ini pernah meminta harga yang sangat tinggi namun akhirnya Noel berjaya juga merayu pemilik domain ini dan mendapatkan kembali domain itu dengan harga yang lebih murah.

Menurut berita yang dilansir Splash News, domain NoelGallagher.com semula dibeli oleh seorang lelaki asal Barcelona sekitar sepuluh tahun silam. Saat mencuba membelinya, Noel sedikit ragu kerana lelaki ini meminta harga yang sangat mahal. Kerana merasa harga itu terlalu mahal, Noel Gallagher lantas mencuba memujuk lelaki itu dengan mengundangnya ke London dan mengajaknya berbincang.

Noel membayar belanja tiket dan penginapan di hotel mewah lalu mengajak lelaki Spanyol ini bertemu langsung untuk bincang. Setelah perbincangan yang cukup alot, akhirnya lelaki tersebut menyerah. Noel Gallagher berjaya mendapatkan domain tersebut dengan harga yang lebih murah plus memberikan undangan untuk menghadiri konsert Noel dan sebuah memorabilia, yang sayangnya tak disebutkan bentuknya.

0 comments: