it's about anything. too many to mention...

Thursday, February 24, 2011

'rumah beta', bukti cinta glenn fredly untuk maluku


Pemuzik dan penyanyi berdarah Maluku, Glenn Fredly berupaya mengembangkan kesenian dan kebudayaan Maluku melalui komuniti 'Rumah Beta'.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Januari itu, Rumah Beta sengaja dibentuk untuk mengembangkan kesenian dan kebudayaan Maluku, iaitu dengan mengadakan pementasan rutin dengan seniman tempatan mahupun mendatangkan seniman dan pemuzik nasional.

Demi mengangkat kebudayaan dan kesenian daerah asalnya, pemuzik bernama lengkap Glenn Fredly Deviano Latuihamalo itu merancang mengembangkan komuniti bentukannya menjadi pusat kebudayaan dan kesenian Maluku.

Tak tanggung-tanggung, lelaki kelahiran 30 September 1975 itu akan mengirim beberapa anggota komuniti untuk mengikuti pendidikan selama tiga bulan di salah satu lembaga kebudayaan di Yogyakarta.

Beberapa waktu lalu, Rumah Beta mengadakan pementasan budaya anak di Desa Amahusu, Kecamatan Nusaniwe. Mereka juga mengundang pemain saxophone berdarah Maluku, iaitu Nicky Manuputty dalam pertunjukan muzik My Story pada 10 Februari 2011.

0 comments: