it's about anything. too many to mention...

Tuesday, February 8, 2011

victoria beckham kandung anak perempuan


Pasangan David Beckham dan Victoria Beckham rupanya sedang 'di awang-awang'. Ini kerana, keinginan kedua2nya untuk memiliki seorang anak perempuan bakal segera direalisasikan!

Impian David dan Victoria ini kemungkinan besar akan terlaksana setelah kedua2nya mendapatkan pemeriksaan doktor yang menyebutkan bahawa janin yang dikandung bekas anggota Spice Girls ini berjenis jantina perempuan.

Pereka busana ini, juga suaminya yang adalah pemain bola terkenal, dikhabarkan benar-benar bahagia dengan berita ini. Ini kerana, kedua2nya selama ini 'mendapat' anak lelaki dalam pernikahannya, iaitu Brooklyn, Romeo, dan Cruz.

0 comments: