Ada suami seorang David Beckham di hari Valentine pastinya bakal super romantis. Jangan salah, kerana Victoria Beckham, isterinya, mengakui bahawa baru tahun ini dirinya menghabiskan malam bersama suaminya di hari kasih sayang!
Valentine's Day tahun ini menjadi special bagi Victoria kerana dirinya akhirnya berkesempatan bermesra-mesra bersama suaminya untuk pertama kalinya setelah menjalin cinta selama 14 tahun. Sebelum ini, Victoria dan David tak dapat bersama pada 14 Februari kerana kesibukan luar biasa yang dijalani pasangan selebriti ini.
Namun, tahun ini, walau sempat sibuk dengan pameran koleksi busananya di New York Fashion Week pagi harinya, bekas penyanyi ini memutuskan untuk 'cuti' di malam harinya, agar dirinya dapat berdua dengan pemain bola tampan ini.
Kebahagiaan Victoria ini pun diungkapkannya ketika menghadiri acara bincang-bincang dengan Jimmy Fallon.


0 comments:
Post a Comment