Dalam berita itu disebutkan bahawa Ariel yang menjadi pelaku dalam video porno yang banyak beredar di internet itu dijatuhi hukuman tiga tahun enam bulan penjara potong masa tahanan dan denda sebanyak Rp250 juta, oleh Majlis Hakim Pengadilan Negeri Bandung, Isnin lalu.
Peminat2 penyanyi bernama asli Nazriel Irham itu merasa terharu dan bersimpati atas vonis tersebut. Sementara juga ratusan penunjuk perasaan dari kalangan organisasi Islam yang berada di luar Pengadilan Negeri Bandung berusaha merosakkan pintu gerbang dan menyatakan bahawa hukuman untuk Ariel yang pernah show di London itu terlalu ringan.
Penyanyi yang berusia 29 tahun itu dinyatakan bersalah berdasarkan Undang-Undang Anti Pornografi yang dikeluarkan tahun 2008 meskipun adanya kontroversi di kalangan masyarakat.
Ariel mengakui bahawa hasil rakaman itu dicuri dari rumahnya dan diposting ke mana-mana tanpa pengetahuannya. Namun jaksa penuntut umum (JPU) mengatakan bahawa seharusnya Ariel tidak mengecewakan peminat2nya.


0 comments:
Post a Comment