it's about anything. too many to mention...

Wednesday, March 2, 2011

ahmad dhani pukul wartawan liputi mulan


Pemuzik Ahmad Dhani harus kembali berurusan dengan polis, setelah wartawan infotainment Global TV melaporkan Bos Republik Cinta Manajemen (RCM) itu lantaran melakukan tindakan penganiayaan.

Kejadian bermula ketika team Global TV, Noviyandi Kurniawan dan wartawan Syahri Yanni mengambil gambar di kediaman Mulan Jameela, Isnin malam. Mereka merancang mencari maklumat tentang Mulan yang tinggal di depan pejabat Ahmad Dhani dan dikhabarkan sedang melahirkan.

Namun kemungkinan kerana munculnya nama Dhani sebagai salah seorang lelaki yang diduga sebagai ayah bayinya membuat bekas suami Maia itu keberatan.

Beberapa orang bertubuh besar menghampiri Yanni dan memaksa yang bersangkutan untuk menyerahkan hasil rakaman. Anak buah Ahmad Dhani itu meminta kaset hasil rakaman secara paksa. Sempat terjadi gaduh mulut kerana Yanni menolak menyerahkan kasetnya.

Sebagaimana dilansir detik.com, Dhani sempat menghampiri kekecohan tersebut dan merampas kunci kereta liputan Global TV, sebelum kemudian dikembalikan lagi.

Atas kejadian ini pihak Global TV melaporkan tindakan kekerasan tersebut ke Polsek Kebayoran Lama, Jakarta Selatan dengan dilengkapi hasil visum.

0 comments: