it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 3, 2011

foo fighters pamer album baru di sydney

WASTING LIGHT, album terbaru Foo Fighters memang baru akan diedarkan 12 April nanti namun nampaknya band ciptaan Dave Grohl ini sudah merancang-rancang untuk mempamerkan lagu2 baru mereka pada peminat2. Rancangannya, sebelas lagu baru ini bakal mereka bawakan secara live di Sydney, Australia 24 Mac nanti.

Menurut berita yang dilansir Splash News, sebuah pentas bakal didirikan di dekat pelabuhan Sydney 24 Mac nanti sebagai tempat Dave Grohl dan kawan-kawan mempamerkan track-track baru mereka. Ini adalah pertama kalinya sebelas lagu baru ini bakal dibawakan secara langsung. Peminat2 mungkin sudah tak asing dengan salah satu lagu handalan dalam album berjudul WASTING LIGHT ini kerana single berjudul Rope sudah dilepas 23 Februari lalu.

Tak ada harga untuk tiket menonton Dave Grohl, Chris Shiflett, Nate Mendel, Taylor Hawkins, dan Pat Smear kali ini. Tiket untuk melihat pertunjukan ini akan diberikan percuma bagi pemenang kuiz yang diadakan di stesyen televisyen dan radio di benua kanggaru ini. Album WASTING LIGHT sendiri adalah album ketujuh Foo Fighters sejak band ini melepas debut album mereka di tahun 1995 lalu.

0 comments: