it's about anything. too many to mention...

Thursday, March 24, 2011

gigi ingin ikut festival filem pendek!


Video klip dengan lagu baru Bye Bye di ulang tahun ke-17 bagi band Gigi nampaknya merupakan hadiah istimewa. Ini kerana video klip yang dibintangi Marsha Timothy dan Vino G Sebastian itu dibuat lebih panjang dibandingkan video klip lain. Bahkan video klip yang mirip dengan filem pendek ini bakal diikutsertakan di sebuah festival filem.

Begitu diungkapkan Armand Maulana di Barcode, Kemang, Jakarta, Selasa lalu.

Vokalis Gigi ini menambahkan bahawa idea membuat video klip dengan durasi cukup panjang datang dari pengurus Gigi, Danny Pete, yang melihat banyak video klip hanya sekitar 3 minit lantaran mengejar ring back tone. Namun Gigi tak mahu mengekor hal tersebut.

Dalam video klip menceritakan pasangan kekasih yang dilakonkan Vino G Bastian dan Marsha Timothy sedang dilanda konflik soal pendapatan. Namun kerana merasa dikhianati, Vino yang telah memperoleh rezeki malah meninggalkan Marsha, untuk kemudian dijemput anggota2 Gigi yang memandu kereta.

0 comments: