Mengusung muzik pop dengan campuran rock, Gigi dibentuk di Bandung pada 22 Mac 1994. Awalnya ada 5 anggota iaitu Armand, Thomas Ramdhan, Dewa Budjana, Ronald Fristianto, dan Aria Baron. Namun pada September 1995 Baron memilih keluar, yang diikuti Thomas dan Ronald bulan November 1996. Pun begitu, Armand dan Budjana masih tetap wujud. Mereka pernah menggandeng Opet Alatas sebagai bass dan Budhy Haryono di drum.
Beberapa tahun kemudian, tepatnya saat ulang tahun Gigi pada 22 Mac 1999, Thomas masuk lagi dan berkarya sampai akhirnya Gigi tercatat telah memiliki 11 album utama dan 9 album lain termasuk Greatest Hits dan album religious mulai tahun 1994-2010. Tidak hanya itu, anggota2 Gigi juga pernah turut berlakon filem di BEBEK BELUR tahun 2010 lalu dan meluncurkan buku di ultah ke-15 dengan formasi tetap seperti sekarang.
Berbagai ucapan selamat pun membanjiri laman web sosial Twitter sejak pagi tadi. Baik dari peminat mahupun rakan sesama pemuzik tak mahu ketinggalan mengucapkan selamat ulang tahun untuk band yang memiliki basecamp di kawasan Tebet Dalam ini.


0 comments:
Post a Comment