Tanda cinta untuk kekasihnya tak selalu harus berupa sebuah cincin. Seperti yang dilakukan Angelina Jolie pada Brad Pitt, iaitu dengan memberi loket berisi pesanan rahsia yang direkanya sendiri!
Well, tidak sepenuhnya sendiri, kerana Jolie juga meminta bantuan pada seorang pereka perhiasan terkenal asal London, Robert Procop. Loket special untuk ayah kepada 6 anak Jolie ini khabarnya bergaya Mesir Kuno, dengan pesanan rahsia di dalamnya. Jolie juga harus mengeluarkan wang sampai dengan enam digit dolar AS untuk loket cintanya ini.
Ini bukan kali pertama Jolie bekerjasama dengan Procop, kerana sebelum ini, aktres ini pernah mengupahnya untuk menciptakan koleksi perhiasannya, The Style of Jolie. Jolie juga dikenal sebagai pasangan yang sering memberi hadiah mahal. Tahun 2008 lalu, Jolie harus merogoh kocek sebanyak $12, 000 untuk motor Ducati sebagai hadiah ulang tahun Pitt.


0 comments:
Post a Comment